Kelulut Perak

Memartabatkan Industri Kelulut Negeri Perak
Menu
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Terms

Persatuan Pengusaha & Penternak Meliponikultur Perak (3PMP)

Sertai Kami Sekarang!!
Home
Umum
Sarang/Log Kelulut Untuk Dijual
Umum

Sarang/Log Kelulut Untuk Dijual

March 30, 2018 No Comments

Sarang atau Log Kelulut ini semakin sukar untuk diperolehi. Harganya juga semakin hari semakin meningkat berikutan kekurangan sarang/log yang diperolehi disamping permintaan tinggi daripada penternak pada hari ini samada penternak baru mahupun yang lama ingin membesarkan lagi kuantiti log mereka.

 

Berapakah harga sarang/log kelulut sekarang?

Berikutan kekurangan log yang ada untuk dijual, harganya kini mencecah RM1200 bagi setiap log daripada jenis Itama yang sudah siap bertopping dan berkantung madu di dalam kotak topping. Harga terendah kini sekitar RM600 ke atas.

sarang kelulut

Jadi jika anda ingin memulakan penternakan kelulut, sekarang adalah masa yang terbaik kerana ia akan terus meningkat. Semakin popular kelulut, semakin ramai orang ingin menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini.

Ia berikutan harga madu yang tinggi iaitu sekitar RM300 per kg membuatkan ramai ingin menjadikannya sebagai satu cara pelaburan jangka masa panjang untuk menburi bidang ini. Dengan hasil 10kg sebulan ia sudah boleh memberikan pendapatan RM3000 sebulan buat penternak. Faktori ini yang mendorong semakin ramai untuk terlibat. Sebab itulah ia dikategorikan sebagai salah satu bidang kekayaan baru dalam bidang pertanian disamping tanaman durian dan kelapa.

log kelulut

Perlu saya ingatkan. Pastikan anda menghadiri terlebih dahulu kursus-kursus penternakan agar anda dapat menjaga sarang/log kelulut anda dengan sempurna dan memberikan hasil yang lumayan kepada anda.

Penternakan kelulut bukan sekadar memperolehi sarang kelulut dan mengambil madu. Ia adalah cara memastikan kesemua keperluan kelulut dapat anda jaga dan sempurnakan. Ia bukan lagi berada di hutan yang mempunyai sumber yang cukup untuk mereka. Ia perlukan perhatian anda untuk memenuhi segala keperluan mereka seperti resin/damar, nektar dan juga keselamatan.

Jadi anda sudah bersedia untuk memiliki sarang/log kelulut anda sendiri?

Jika sudah bersedia dengan tempat ternakan yang selamat dan mencukupi untuk sang kelulut bekerja untuk mereka hidup. Anda boleh dapatkan sarang/log kelulut yang dijual berdekatan dengan anda. Ia semakin sukar diperolehi.

Berita Baik Untuk Warga Perak

Pihak wakil 3PMP boleh mencari dan mendapatkan sarang/log kelulut untuk anda. Sarang ini sudah bertopping dan mempunyai binaan didalam topping dan sedia untuk dituai tidak lama lagi jika lokasi penternakan anda mempunyai sumber yang cukup. Jika tidak, ia akan mengambil sedikit masa untuk kelulut menyesuaikan diri dan membangunkan koloni mereka.

Harga log adalah RM700 tidak termasuk kos penghantaran. Anda perlu mengambilnya dilokasi yang dinyatakan oleh wakil persatuan. Jika ingin dihantar ke tempat anda, kos penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak dan lokasi anda.

Jika berminat, sila hubungi talian 012 9565256 (En.Sham). Beliau akan uruskan tempahan anda. Ia adalah berikutan ada ahli 3PMP yang menjalankan perniagaan pembekalan log/sarang kelulut ini. Ia sangat terhad dan semakin naik harga.

Inilah masa terbaik untuk anda memulakan penternakan kelulut dan menikmati khasiat madu kelulut yang sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

GERAN PERCUMA KERAJAAN BERKENAAN KELULUT

Kerajaan juga ada menawarkan geran untuk mereka yang layak untuk membesarkan lagi penternakanan mereka. Maklumat pada video dibawah:

Terdapat 2 geran yang anda boleh mohon jika melepasi syarat yang ditetapkan.

Related

Share
Share
Tweet
Email
Prev Article
Tags:harga log kelulut harga sarang kelulut log kelulut log kelulut for sale log kelulut untuk dijual sarang kelulut sarang kelulut for sale sarang kelulut untuk dijual

Related Articles

madu kelulut
Madu kelulut kaya dengan khasiat yang sangat baik untuk manusia. …

Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan Manusia

Leave a Reply

Cancel reply

Find us on Facebook

Popular Posts

    Recent Posts

    • Kilang dan Pembekal Botol Untuk Madu
    • Harga Madu Kelulut Bagi Pasaran Negeri Perak
    • Feeding Kelulut Satu Penipuan Madu Jika Diistihar Sebagai Madu Asli
    • Sarang/Log Kelulut Untuk Dijual
    • Kursus Simenfero Untuk Log Kelulut Yang Reput

    Categories

    • Aktiviti
    • Isu
    • Pembekal
    • Penternakan
    • Umum

    Ads

    Kelulut Perak

    Memartabatkan Industri Kelulut Negeri Perak
    Copyright © 2021 Kelulut Perak

    Ad Blocker Detected

    Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

    Refresh